Thursday, October 9, 2008

Pencalonan Baru Dusta Berkalang @ Muzik-Muzik TV3 pada 09 Oktober 2008 05.30pm


Cinta Terakhir

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o:

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan

http://hafiiiz.blogspot.com/2008/10/cinta-terakhir.html

Wednesday, October 1, 2008

Akademi Nasyid Aidilfitri (3 Oktober 2008, jam 9 malam)

Kampungku Dekat Di Hati
Oleh NOOR FARINA MOHAMED ASHRUDIN

Setiap tahun menjelang Aidilfitri, penghuni bandar berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Sebab itu kami meletakkan tagline Kampungku Dekat Di hati untuk tahun ini.

Lebih menarik, TV9 akan memulakan siaran pagi Aidilfitri bersama Ketupat Rendang Kopi O dan buat pertama kalinya sebuah program bual bicara bersiaran selama sembilan jam tanpa henti dari jam 6.30 pagi hingga 3.30 petang. Program ini diserikan lagi dengan personaliti dan selebriti TV9 seperti Aziz Desa, Mek Sayyidah, Farrah Adeeba, Syed Mohd Khair, Sharifah Nur dan Azura Abu Samah.

Menerusi program ini juga Adat Bersendi menemani penonton pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dengan berkongsi amalan tradisi, ilmu dan budaya yang dipraktikkan masyarakat Melayu serta umat Islam pada hari perayaan.

Rancangan yang dihoskan oleh Abu Talib ini mengingatkan penonton mengenai pentingnya memelihara adat Melayu yang kian dilupakan, terutama pada musim perayaan.

Seterusnya penonton berpeluang berkongsi kesedihan insan yang kehilangan orang tercinta dalam Rintihan Syawal pada jam 1 petang.

Menerusi program sebegini pasti dapat mengingatkan semua insan supaya sentiasa menghargai orang yang disayangi di sisi mereka.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan luahan hati keluarga arwah adik Nurin Jazlin Jazimin, Sharlinie dan Asmawi meraikan Aidilfitri tanpa mereka di sisi keluarga.

Ketupat Rendang Kopi O menutup tirai sembilan jamnya menerusi drama muzikal Enjit Enjit Semut jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, yang memaparkan keletah Nurul Syazliana (dari Studio Bintang Kecil) dan ramai lagi.

Mereka akan menghiburkan dengan nyanyian dan tarian menarik mereka di samping artis jemputan lain dengan lagu raya.

Kampungku Dekat Di Hati tidak lengkap jika hari raya tidak disajikan dengan rancangan muzikal. Justeru, Salam Dunia M Nasir yang disiarkan pada 1 Oktober 2008 jam 9 malam akan membawa penonton berhibur bersama penyanyi itu.

Turut memeriahkan suasana program muzikal ini ialah ratu rock, Ella, Meet Uncle Husin dan Sabri Yunus.

Seterusnya penonton dibawa menyelami perasaan insan yang diberi peluang kedua untuk menyambut hari raya dengan lebih bermakna menerusi Kembalikan Syawalku (2 Oktober 2008, 12 tengah hari).

Antara kisah yang dipaparkan ialah seorang mat rempit, penagih dadah yang insaf dan juga pesakit yang menghidapi kanser kritikal. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan luahan hati mereka menerusi Kembalikan Syawalku.

Kemeriahan Syawal akan bertambah dengan alunan melodi lagu raya dalam Syawal Bersama Anuar Zain (2 Oktober 2008, 9 malam) yang turut membawakan rakan artisnya seperti Sarah Raisuddin, Rem dan Deja Moss.Antara lagu yang didendangkan ialah Lelaki Ini, Erti Kasih, Asmara Ini, Kemaafan dan Suasana Hari Raya.

Kepada peminat Akademi Nasyid, jangan ketinggalan menyaksikan Akademi Nasyid Aidilfitri (3 Oktober 2008, jam 9 malam).

Program muzikal ini menampilkan johan dan finalis Akademi Nasyid seperti Azhan Atan, Aiman Sidek, Shukri (Cicik), Eda Fazilah, kumpulan D’Vision serta Muslim Voice. Artis undangan yang turut memeriahkan program ini ialah Ustaz Asri Ibrahim, Dayangku Intan dan Yassin.

Galaksi Aidilfitri diteruskan pada 3 Oktober 2008, jam 10.30. Episod ini menampilkan kehidupan balu pelakon arwah Yazid Sobrani bernama Nurashah Mohd Rashid yang kini sangat susah.

Dulu mereka hidup senang kerana masih ada suami. Namun, sejak kematian suami tersayang, kehidupan mereka terumbang-ambing bersama dua anak lelakinya.

Untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar tanpa orang tersayang, kini Nurashah menjual makanan sepanjang Ramadan ini. Keuntungan daripada perniagaan itu hanya RM30 sehari.

Walaupun kita menyambut kemeriahan di sisi keluarga tersayang, kita juga jangan lupa kepada mereka yang tiada tempat bergantung.

Justeru, TV9 berkongsi kemeriahan ini bersama lebih 50 anak yatim dari Rumah Baitul Hidayah sambil menghulurkan duit raya yang disumbangkan oleh Tabung TV3 Bersamamu.

Pengisian mantap dan program yang mempunyai unsur kasih sayang, pengorbanan serta ikatan kekeluargaan, disediakan sempena Aidilfitri 2008.

Pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya bersama keluarga dan sahabat handai sepanjang Syawal ini menerusi TV9, Kampungku Dekat Di Hati anda. Selamat menonton!